Here are the text messages that I've received;
From Amri, my coursemate:
Salam Aidilfitri diucapkan buat semua sahabat. Mohon ampun jika ada salah silap atau terkasar bahasa. Diminta halalkan makan dan minum aku selama ini. Ikhlas dari Am.
From Aminatun Naemah, my coursemate:
Selamat hari raya! Minta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut.
From Kak Ana, my senior:
Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin, segala salah dan silap yang disengajakan dan tidak disengajakan.
From Haniza, my coursemate:
Selamat hari raya maaf zahir batin. Segala kekasaran harap dimaafkan. Segala percakapan yang menyinggung perasaan harap diampunkan. Ikhlas dari Haniza@ An.
From Raslam, my neighbour:
Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir & batin. Semoga hari raya tahun ini lebih bermakna bersama keluarga.
From Atiqah, my collegemate:
Andai terkasar bahasa, tersilap bicara, termarah yang tak kena, terumpat bila-bila, tersasul yang tak sengaja, tertuduh perkara yang tak benar, terpekak bila ditanya, ternasihat tak kena gaya, terpinjam & terlupa pulangkan segera, termoody tak semena-mena & "ter" macam-macam yang tak sengaja & sengaja, mohon maaf zahir & batin. Selamat Aidilfitri.
From Farid, my boss during Ramadhan:
Selamat hari raya, maaf zahir batin.
From Syafiq, my uni-mate:
Takbir raya bergema lagi,
Syawal dinanti telah pun tiba,
Maaf ku pinta dari hati,
Semoga ikatan kekal selamanya.
Selamat hari raya, maaf zahir & batin.
From Ila, my coursemate:
1 Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun diminta dihari mulia.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin.
From Rina, my coursemate:
Mata kadang-kadang salah melihat. Mulut kadang-kadang salah cakap. Hati kadang-kadang salah menduga. Sebelum cahaya syurga padam, sebelum pintu taubat tertutup, sebelum Ramadhan berakhir, sebelum Syawal menjelma, kemaafan dipinta dari awal pertemuan antara kita & hingga ke hari ini! Salam aidilfitri, maaf zahir & batin.
From Anonymous,
Tika tengah sibuk masak ketupat, teringat pula dekat kawan-kawan rapat. Hari raya pun dah dekat. Hati ni teringin nak hantar kad. Tapi rasa-rasa, confirm dah tak sempat. Nak hantar e-mail duduk kampung WIFI tak dapat. Apa yang paling tepat, message je la paling cepat. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
From Najat, my collegemate:
2 3 kucing berlari. Err... Err... Selamat hari raya eidulfitri. Najat Ayub minta maaf zahir batin.
From Firdaus, my ex-boyfriend:
Selamat hari raya. Minta ampun dan maaf. Semoga bergembira bersama keluarga.
From Azim, my childhood friend:
Wahai keluarga & rakan seperjuanganku. Bilamana diminta kita untuk berjuang di jalan Allah, maka persiapkanlah diri, tabahkanlah hati, tenangkanlah jiwa, kuatkanlah semangat. Kerna tiada kemenangan seindah Eidulfitri. Salam eidulfitri & maaf zahir batin.
From my boyfriend:
Selamat hari raya kat sayang juga. Sama-sama la k. Luv u so much.
From Dr Roselan, a person that I met at a cafe:
Salam. Selamat hari raya from Dr Roselan & family.
Kadang-kadang SMS, Kadang-kadang tak. Kadang-kadang balas, kadang-kadang lupa. Kadang-kadang hilang, kadang-kadang muncul. Tapi jangan risau berapa banyak 'kadang-kadang' tu. Di sini tetap ingat di sana. Bukan untuk kadang-kadang tapi untuk selamanya. Selamat hari raya, maaf zahir batin.
From Kak Raihana, my senior:
Salam dihulur, mohon kemaafan. Selamat hari raya aidilfitri.
From Sofiah, my childhood friend:
Pejam celik, pejam celik, dah habis puasa. Pejam celik, pejam celik, hari ni dah raya. Sebelum pejam tak celik-celik, maaf dan ampun jua dipinta. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin.
From Faisal aka Mike, my coursemate:
Selamat hari raya. Maaf zahir & batin. Ikhlas dari Faisal & Mandy.
From Anonymous:
Selamat hari raya aidilfitri.
So, to all of you, I would like to say,
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf dari anda semua. You all are forgiven for any wrong doing towards me.
No comments:
Post a Comment